Ini merupakan peta level 1 dalam Aquaria. (peta ni diambil dari laman web rasmi Aquaria). Ada beberapa trivia mengenai Aquaria yang ingin saya kongsikan bersama.
- Mempunyai 2 level, keseluruhan mencapai 60,000 sq.ft. (Besarnyer...)
- Mempunyai satu terowong bawah air sepanjang 90 meter.
- Terdapat lebih kurang 250 spesis berlainan dengan 20,000 haiwan darat dan akuatik dari Malaysia dan serata dunia.
Yang badan bercahaya ni adalah ikan Pirana.
Yang ni pula adalah gambar Seacucumber atau nama melayunya Gamat. Bila dalam air gamat ni saiz biasa, bila ada org usik atau berasa takut, dia akan mengecutkan badannya. (comel...^,^)
Area ni dinamakan Touch Pool. Terdapat beberapa haiwan laut yang boleh disentuh.
Sini merupakan bahagian Reptile, Amphibian, dan Insect. Terdapat banyak haiwan2 kecil ni, temasuklah pelbagai jenis katak, labah2, ular, rama-rama dan serangga2. Terasa kagum dapat tgk banyak haiwan yg xpenah nampak sebelum nie terutama pelbagai jenis katak.
Ular Albino
Teruskan perjalanan ke Level 2 pula. Sini dah masuk bahagian ikan2.
Teruja nampak tangki ikan besar ni... =) Xtaw nak panggil ape, panggil tangki ikan je la ye... hehe... ikan kat sini banyaknyer dari Hutan Amazon. Hutan Amazon akan hujan pada setiap hari ketika musim panas dan akan hujan sentiasa pada musim Hujan. Air Sungai Amazon akan banjir ke kawasan hutan sekitar dan membentuk hidupan laut dan tumbuh- tumbuhan yang menarik.
Lagi tangki ikan yang sangat menarik.
Adik saya bersama Ikan Arowana (kalau xsilap) yang sangat besar~~!!!
Saya bersama penyokong kuat saya masuk ke dalam 'underwater tunnel' sepanjang 90 meter. Disini adalah kunci utama Aquaria. Disini dapat dilihat pelbagai jenis hidupan laut. Ikan pari, Ikan jerung, Penyu, dan bermacam jenis lagi ikan dapat dilihat. Dari sini terasa kebesaran Allah yang maha pencipta. Terasa kagum dengan ciptaanNya. Terasa kesedaran dalam diri supaya kite memelihara benda hidup di dalam dunia ini. Lindungi yang hampir pupus, selamatkan penyu, selamatkan jerung dari para nelayan rakus yang hanya memikirkan keuntungan. Bak kempen mereka, Blue Ocean, Green Action.
ikan jerung dan ikan pari yang bersaiz sangat besar. Menurut disitu, saiz ikan2 yang dilihat adalah 30% lebih kecil dari saiz asal disebabkan ketebalan dinding kaca tu.... menarik...
Sotong yang sedang berehat dalam pasu dan penyu yang comel... =)
sangat indah ciptaan Allah. Xdapat pergi dasar laut, pegi Aquaria pun dah cukup. Dapat juga merasai pengalaman dasar laut.
2 jenis ikan yang sangat unik. Kiri ikan yang berleher panjang. (leher ke)? bila dia berasa terancam, dia akan menyorok dalam tanah. Gambar kanan pula gambar ikan batu, Sebab rupanya mcm batu, xperasan sekali tengok. Hehe...
Lagi satu ciptaan Allah yang sangat unik.
Gambar yang saya paling suka... Obor-obor yang berpusing-pusing... hehehe... Obor-obor 95% dari badannya adalah air. Tidak mempunyai mata, tulang dan otak, tetapi mempunyai deria yang dapat mengesan bahaya.
Akhir sekali... merasa seronok dan puas selama meneroka Aquaria. Pengalaman yang indah mendalami kehidupan dasar laut dari pandangan perspektif saya. Selepas habis meneroka dasar laut, di sana juga terdapat information kiosk, theme retail area untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang dan dengan bayaran sebanyak RM35 kalau tunjuk MyCard, memang berbaloi dan puas. Tapi kalau ada student matrix card dapat diskaun RM5. Disana juga terdapat kemudahan mesra orang kurang upaya, baby changing room dan restroom. Terdapat juga mini kioks yang menjual keychain, rantai, malah mendapatkan khidmat bergambar dan lukisan potrait juga disediakan. (Harga lain). Thank you... (^__^)
No comments:
Post a Comment